Asal Usul Pokok Nenas Batu

Sebenarnya nenas batu hanyalah nama panggilan oleh orang Melayu sahaja , masyarakat di seluruh dunia menyebutnya sebagai buah pine . Buah pine ini hanya boleh didapati di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian antara 1 800 hingga 2 900 meter sahaja. Di malaysia terdapat juga pokok pine ini , namun terlalu sedikit dan buah yang dihasilkan pula bersaiz kecil. Anda mungkin perlu berhadapan dengan beberapa jenis binatang ini sebelum mengambil buah pine di kawasan hutan gunung : Harimau dahan,kucing batu,ungka,binturong,musang dan beruang matahari.

Kenapa orang Melayu memanggil sebagai nenas batu? Ia adalah kerana salah faham terhadap buah nenas jenis kecil seperti gambar di bawah ini. Nenas kecil tersebut mempunyai bentuk dan rupa seakan-akan buah pine .Orang Melayu kita menganggap nenas kecil itu sudah dikeringkan , sebab itu ia bewarna coklat kehitaman , ini info yang salah. Khasiat nenas kecil tersebut dipercayai untuk melegakan demam dan sakit batu karang, berbeza dengan buah pine yang mempunyai lebih banyak khasiat seperti tertulis di atas. Jangan pula pergi kutip buah pokok Ru di tepi kawasan pantai pula , buah pokok Ru pun seakan sama tapi kuncupnya kembang ke kiri/kanan , klik link ini untuk lihat gambar buah pokok Ru >http://bit.ly/2hKPHCj  Anda boleh lihat rupanya sangat berbeza dengan buah pine! Yang ni jika rendam memanglah tak akan kembang-kembang hehehehe.

Anda mesti sedang pening memikirkan soal ni kan? Nak panggil nenas batu atau buah pine? hehehe . Sekali lagi kami jelaskan , kami menjual buah pine ya , bukan nenas kecil tersebut . Diulangi bahawa nama nenas batu hanyalah panggilan oleh orang Melayu sahaja. Nama laman web ini dinamakan sebagai NenasBatu.com hanyalah bertujuan untuk menarik peminat/pengguna buah pine untuk memudahkan carian di google, itu sahaja. Tak perlu pening-pening lagi , hanya perbezaan nama sahaja , jom kita belajar cara menyediakan air buah pine di bawah ini.

Eh kenapa saiz nenas batu ni lebih kecil dari nenas batu mesir? Saiz nenas batu yang datang dari pergunungan di kawasan asia tenggara lebih kecil dari saiz nenas batu Mesir. Khasiatnya sama! hanya berbeza dari segi saiz sahaja! Harga nenas batu mesir sekitar RM50-80. Jadi jika anda nak dapatkan nenas batu dengan kos yang rendah, jom dapatkan nenas batu dari kami. 🙂

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *